Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.

Kamu telah dilalaikan dengan oleh perlumbaan (membanyak harta benda dan anak-anak).[1]

Sehingga kamu masuk kubur.[2]

Sekali-kali jangan begitu, nanti kamu akan mengetahui.[3]

Kemudian sekali-kali jangan begitu, nanti kamu akan mengetahui.[4]

Sekali-kali jangan begitu, kalau kamu mengetahui dengan ilmu yang yakin.[5]

Sesungguhnya kamu akan melihat neraka.[6]

Kemudian sesungguhnya kamu akan melihatnya dengan mata keyakinan.[7]

Kemudian kamu akan diperiksa pada hari itu tentang segala nikmat (yang kamu perolehi dari Tuhanmu).[8]

Keterangan :
Kamu (wahai manusia), manusia telah lalai dan alpa, kepada Allah s.w.t, kerana kamu berlumba-lumba darihal harta benda dan anak-anak, padahal kamu akhirnya meninggalkan dunia dan masuk ke dalam kubur, dengan tidak membawa apa-apa, selain dari sehelai kain putih. Nanti kamu bakal tahu dan melihat neraka, serta dilemparkan kamu ke dalamnya. Di sana kamu diperiksa tentang nikmat Allah s.w.t yang telah kamu terima di atas dunia. Oleh sebab itu hendaklah kamu ingat kepada Allah s.w.t, iaitu dengan mengerjakan solat 5 kali dalam sehari semalam sebagai tanda bersyukur atas pemberianNya kepadamu. Di sini dapat kita ketahui bahawa, mencari harta benda dan ramai anak itu tidak terlarang, asal tidak lupa kepada Allah s.w.t.

Rujukan : Tafsir Mahmud Yunus Al-Quran Nul Karim Rasm Uthmani

Editor : mudarristarmizi 
Hidup di dunia ini ibarat sebuah perjuangan yang penuh dengan onak dan duri. Setiap harta yang banyak itu di dalamnya terdapat hak untuk orang miskin. Keluarkan hak orang-orang miskin ini iaitu zakat harta dan jangan ditindas golongan ini. Sesungguhnya hukuman Allah s.w.t  itu adil dan Maha Adil.

Barangsiapa mengerjakan kebaikkan, meskipun seberat zarah, akan dilihatnya (balasan) kebaikan itu. Barangsiapa mengerjakan kejahatan, meskipun seberat zarah, akan dilihatnya (balasan) kejahatan itu (zarah = debu halus atau semut halus). [99:7-8]

Ketika Belayar Membelah Lautan,
 Ribut Datang Menduga Nakhoda,
Ketika Hidup Hak Diperjuangkan,
 Apabila Mati Nakhoda Berada.


Mudarristarmizi
Membangun Bersama Islam


Ads 468x60px

Featured Posts