Ibn Khaldun seorang ilmuwan Islam telah menggariskan tentang hierariki tenggelam timbul peradaban suatu Negara atau sebuah tamadun beradasarkan lima tahap iaitu tahap yang pertama ialah sukses atau tahap konsolidasi, dimana autoriti negara didukung oleh masyarakat yang berhasil menggulingkan kedaulatan dinasti yang sebelumnya. Tahap yang kedua ialah tahap tirani, dimana pada tahap ini penguasa akan berbuat sesuka hati pada rakyatnya. Pada tahap ini juga, orang yang memimpin negara hidup senang dengan mengumpulkan dan memperbanyak pengikut. Penguasa juga menutup pintu bagi mereka yang ingin turut serta dalam pemerintahannya. Maka segala perhatiannya ditujukan untuk kepentingan mempertahankan dan memenangkan keluarganya. Tahap kedua ini telah membuat satu tempbok dinding pemisah di antara jurang kemiskinan dengan kekayaan dimana yang miskin terus miskin dan kaya terus kaya. Tahap seterusnya adalah tahap sejahtera, ketika ini kedaulatan dan kekayaan telah dinikmati. Segala perhatian penguasa tercurah pada usaha membangunkan Negara pula supaya seperti nampak membantu rakyatnya tetapi dalam diam mereka membunuh hak rakyat dengan sopan. Tahap keempat ialah kepuasan hati, tenteram dan damai. Pada tahap ini, penguasa merasa puas dengan segala sesuatu yang telah dibangunkan para pemerintah atau pemimpin sebelumnya. Tahap terakhir pemerintah atau pemimipin akan hidup boros dan berlebihan. Pada tahap ini, pemerintah atau pemimpin menjadi perosak warisan yang mewariskan tampuk penguasa kepadanya, pemuas hawa nafsu dan kesenangan. Pada tahap ini, negara atau peradaban tersebut sedang menunggu untuk kehancurannya.


Tahap-tahap itu menurut Ibnu Khaldun akan mewujudkan tiga generasi, iaitu yang pertama ialah generasi pembangun, yang dengan segala kesederhanaan dan solidariti yang tulus tunduk dibawah autoriti kekuasaan yang didukungnya. Generasi kedua ialah generasi penikmat, iaitu mereka yang  mendapat keuntungan secara ekonomi dan politik dalam sistem kekuasaan dan pemerintahan ketika itu sehingga menjadi tidak peka lagi terhadap kepentingan bangsa dan Negara melainkan periuk nasi dia dan keluarganya sahaja. Generasi yang ketiga ialah generasi yang tidak lagi memiliki hubungan emosional dengan negara. Mereka dapat melakukan apa saja yang mereka sukai tanpa memedulikan nasib diri, bangsa dan Negara. Jika suatu bangsa sudah sampai pada generasi ketiga ini, maka keruntuhan negara seperti telur di hujung tanduk; pada bila-bila masa sahaja Negara itu akan runtuh. Menurut Ibnu Khaldun juga proses ini berlangsung sekitar satu abad. Ibn Khaldun juga mengatakan bahawa sebuah peradaban besar dimulai dari masyarakat yang telah ditempa dengan kehidupan keras yakni kesempitan, kemiskinan dengan penuh perjuangan. Keinginan hidup dengan makmur dan terbebas dari kesusahan hidup ditambah dengan semangat bermasyarakat di antara mereka membuatkan mereka berusaha keras untuk mewujudkan cita-cita mereka dengan perjuangan yang keras. Impian yang tercapai kemudian memunculkan sebuah peradaban baru. Dan kemunculan peradaban baru ini pula biasanya diikuti dengan kemunduran suatu peradaban lain. Hierarki ini kemudiannya akan berulang lagi, dan begitulah seterusnya hingga teori ini dikenal dengan Teori Siklus.


Jatuhnya sesuatu peradaban itu adalah kerana berlakunya kepincangan dalaman peradaban itu sendiri. Ketamakkan dan kebakhilan memakan harta rakyat pencetus kepada kebangkitan rakyat menjatuhkan pemerintah. Sejarah menunjukkan era kegemilangan Islam dijatuhkan dengan perpecahan dalaman umat Islam yang berada di era itu. Nafsu yang memboncah meyakinkan bahawa harta mampu memberikan kebahagian dan kejayaan tetapi mereka terlupa akan amanah yang dipikul di bahunya. 


Ads 468x60px

Featured Posts