Obor bantahan ke atas Projek Kilang Nadir Bumi Lynas tidak terpadam selagi kerajaan Malaysia dan pihak terbabit termasuk kerajaan Negeri Pahang enggan membatalkan operasi kilang yang berisiko memberi kesan radioaktif itu. Tidak ada alasan untuk kerajaan Malaysia terus ketepikan suara rakyat Malaysia yang membantah walaupun kerajaan cuba yakinkan rakyat Malaysia projek Lynas selamat dan diwar-war melalui media perdana.
Hal ini kerana apa pun propaganda oleh kerajaan, penduduk Kuantan khususnya dan orang Malaysia amnya tetap tidak mahu kilang itu didirikan dan kerajaan Malaysia, Lynas mesti akur dengan tuntutan awam ini. Ini menjadi bukti bahawa kerajaan telah gagal yakinkan rakyat.
Mahasiswa pula diseru untuk terus menyokong gerakan Anti-Lynas untuk desak kerajaan kita hentikan projek yang bawa mudarat besar ini bukan sahaja sekarang bahkan untuk tempoh lamanya hingga generasi seterusnya. Ingat, cuba cari, baca dan fikir tentang tragedi di Bukit Merah, itu cukup beri pengajaran buat kita. Bagi berkelapangan, imarahkan himpunan bantahan Ahad ini.
Oleh itu, beberapa pendirian disebut di sini antaranya ialah:
1) Keselamatan dan kesihatan penduduk setempat khususnya dan rakyat Malaysia amnya wajib dibela kerana dikhuatiri berulangnya tragedi Bukit Merah yang memberi kesan radioaktif hingga hari ini.
2) 99% penduduk Gebeng menolak pembinaan kilang Lynas kerana menggugat mata pencarian mereka. ProM UPM bersama SMM pernah turun ke Gebeng pada April 2011 untuk bertanya sendiri penduduk dengan 400 responden.
3) Pro-Mahasiswa UPM menyokong 100% perhimpunan ini berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Perkara 10 b dan c yang memberikan hak rakyat Malaysia bebas berhimpun. Justeru, saya menyeru mahasiswa sekalian di saat penting ini untuk turun ke Perhimpunan Hijau esok.
4) Ucapan terima kasih kepada pihak polis yang memberikan kebenaran untuk berhimpun dan bekerjasama mengawal lalu lintas.
Tarmizi bin Anuwar
Pengerusi Pro-M UPM.
Home »
Catat Ulasan