Sebelum ini saya pernah menulis status di facebook berkenaan dengan pendirian saya yang sama sekali tidak bersetuju dengan segelintir ahli Pas yang hendak bermuzakarah dengan UMNO. Perkara ini merupakan perkara yang serius kerana ianya akan memberikan kesan jangkamasa panjang kepada lanskap politik di Malaysia.
Tidak kira siapakah individu yang mencadangkan perkara tersebut saya masih lagi tidak bersetuju kerana itu bukanlah keputusan syura. Kepada mereka yang masih lagi hendakkan kerajaan perpaduan maka berfikirlah anda pernah diludah dan dipijak satu masa dahulu tetapi disebabkan kepentingan politik UMNO maka anda hendak dipergunakan sekali lagi sebelum dipijak dan diludah bahkan mungkin disepak sekali lagi.Pastikan tindakan anda tidak mengkhianati rakyat.
Kepada golongan ilmuwan yang cerdik pandai silalah menghadami satu ungkapan yang diperkatakan oleh Ibnu Hazm; “Persahabatan ulama dengan
pemerintah sebenarnya satu perjudian besar. Keagamaannya terdedah
kepada bahaya besar. Diri dan fikirannya juga terancam. Adalah lebih
baik bagi seseorang ulama itu musnah secara terhormat di bawah
kezaliman pemerintah daripada ikut berlaku zalim bersama mereka.”
Saya tertarik dengan kata-kata Ustaz Wanji, maka saya bawakan sekali kata-katanya bersama di bawah ini. Secara tulus saya tujukan kata-kata ini kepada puak-puak yang inginkan Pas dan UMNO bersatu.
Jejaka tua berkenan kepada anak
gadis cun. Berkali-kali mengorat, tetapi tidak tergoda langsung.
Almaklumlah, tua kerepot, perangai pula buruk. Berak merata-rata,
kencing tidak terjaga, sudah pakai pampers, tetapi ada hati nak kahwin
dengan anak gadis sunti.
Berkali-kali berusaha, tetapi tidak berjaya juga. Tujuannya untuk merosakan masa depan si anak gadis. Bukan ma......hukan sangat kepada anak gadis itu. Ini kerana, dengan umur yang begitu tua, mustahil mampu memberikan nafkah batin.
Namun, buruk perangai masih ada. Walaupun tua, tapi nafsu buas tetap
wujud, maka tidak dapat memberikan hak nafkah batin pun tak mengapa,
sekurang-kurangnya dapat merosakan masa depan si anak gadis pun sudah
memadai.
Apabila sudah berusaha berkali-kali, namun tetap
gagal, maka dipengaruhi imam di kampong supaya menjayakan agenda. Imam
pula sememangnya sejak dahulu berkawan rapat, maka dengan jawatan imam,
agama dijadikan bahan jualan. Didakwa si tua Bangka sebagai beragama,
tidak pernah tinggalkan surau dan masjid untuk menunaikan solat jemaah,
walhal semua mengetahui, si tua Bangka datang ke masjid dan surau,
bukan untuk menunaikan solat, tetapi mencuri selipar yang cantik bagi
pengunjung surau dan masjid.
Begitulah si tua yang bernama
UMNO yang sedang berusaha hendak merosakan masa depan si anak gadis
bernama PAS. Mengenangkan berkali-kali berusaha hendak mengajar
“berzina” atas nama muzakarah ditolak si gadis sunti, maka terpaksa
mempergunakan agama bagi menjayakan usaha jahat.
Imam bernama
mufti perak menjadi balaci jahat. Berbekalkan jenama mufti perak
menyerang si anak gadis sunti. Jenama agama menjadi bahan jual beli.
Atas nama agama, si anak gadis difitnah dengan berbagai-bagai fitnah
jahat.
Tindakan mufti perak telah diketahui umum sebagai
salah. Walaupun atas nama penyatuan dan bangsa melayu, zina tetap zina,
walaupun dinamakan muzakarah sekalipun. Walaupun mufti menyatakan si
tua Bangka bernama UMNo itu adalah kaki surau dan masjid, tetapi umum
mengetahui, si tua Bangka itu adalah pencuri dan perompak berlesen.
Sekian
Home »