"Seorang alim yang betul, yang benar-benar betul, orang yang mengajar orang ramai, benda-benda yang disangka orang kecil." (Ustaz Yahya Othman)

Kenangan yang tidak mungkin dilupakan. Setiap nasihatnya akan aku jadikan peringatan dan senjata menegakkan kebenaran. 

 Bisikan padanya; "Doakan ana teguh dalam perjuangan ini dan kesejahteraan ibu bapa ana ustaz". Jawapnya; "InsyaAllah" sambil tersenyum. 










Semoga Allah menempatkan tuan di singgahsana yang penuh dengan kenikmatan kurniaan di sisiNya yakni di tempat orang-orang yang soleh. 




Tempoh hari semasa dalam perjalanan ke Lost Word Tambun ada sedikit perbincangan berkenaan konspirasi 11 September; World Trade Center. Bangunan yang dibina pada 4 April 1973 telah dimusnahkan pada 11 September 2001. Dilihat kepada skrip dan babak yang ditunjukkan mempunyai banyak persoalan bagaimana ianya boleh menceritakan tentang letupan World Trade Center dan beberapa kes yang berlaku pada tarikh 9 September. 


Kapal terbang yang melanggar WTC membawa peluru berpandu

Ketidakhadiran seramai 3, 000 orang pekerja berbangsa Yahudi pada 11 Septermberi di WTC semasa peristiwa itu berlaku kita anggapkan sebagai satu paradoks yang boleh dipersoalkan. Tingkahlaku Presiden Amerika Syarikat pada waktu itu iaitu George Bush semasa mengumumkan Al Qaeda sebagai dalang kepada serangan 11 September juga menimbulkan tanda tanya kerana tidak sampai 1 jam selepas serangan beliau telah membuat kenyataan media dan mengatakan bahawa Osama bin Laden adalah ketua kepada konspirasi serangan tersebut. Bilakah beliau membuat siasatan? Sedangkan jika dilihat dalam satu kes kemalangan jalan raya di Malaysia memerlukan masa sehingga 1 hingga 2 tahun untuk diselesaikan oleh hakim, itupun memerlukan siasatan yang rapi oleh pihak polis dan peguam. Berbalik kepada kenyataan George Bush dianggap sebagai sesuatu yang mustahil kerana kes pembunuhan seramai ribuan orang ini tidak memerlukan siasatan yang rapi apabila dalam jangkamasa yang tidak sampai satu jam telahpun diketahui siapakah dalang serangan tersebut.


Bersahaja apabila dikhabarkan berita serangan 11 September

Pada 29 Januari 2002, George Bush menyatakan bahawa terdapat beberapa kuasa kejahatan iaitu seperti Korea Utara, Iran, dan Iraq ingin mengancam keamanan dunia. Maka mereka telah melaksanakan satu dasar iaitu Perang Anti Kegasanan iaitu memulakan serangan sebelum negara-negara tersebut memberikan ancaman kepada dunia. Kita boleh lihat rentetan daripada peristiwa 11 September ini sebenarnya telah memberikan impak yang besar terhadap kehancuran Afghanistan dan Iraq yang rata-rata penduduknya adalah beragama Islam.




Di Malaysia kita mengecam tindakan Amerika Syarikat kerana telah melakukan pembunuhan manusia secara beramai-ramai, tetapi kita masih lagi berbangga apabila Hilary Clinton, Setiausaha Amerika Syarikat mengatakan bahawa Malaysia adalah negara Islam contoh. Kita masih merasakan Amerika Syarikat sebagai kuasa dunia apabila kita turut tunduk kepada arahan mereka untuk tidak membeli minyak daripada negara Iran. Sedangkan masalah yang berlaku antara Amerika Syarikat dan Iran adalah isu yang tidak ada kena mengena dengan Malaysia. Ini membuktikan Malaysia sebuah negara yang tidak berani menentang penindasan terhadap umat manusia.


Kekuatan Islam ditakuti oleh Amerika Syarikat


*diberitakan Malaysia mengimport 50, 000 - 60, 000 tong minyak sehari daripada Iran. Dan telah memberhentikan proses mengimport minyak pada bulan April lepas iaitu dua bulan sebelum sekatan kewangan yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat kepada beberapa buah negara yang berurusan dengan Iran. Kononnya hendak memberikan tekanan kepada Iran supaya memberhentikan senjata nuklear. Walaupun Malaysia telah memberhentikan pengimportan daripada Iran sebenarnya ianya tidaklah memberikan kesan yang serius kerana negara-negara seperti China, India, Jepun dan Korea Selatan adalah merupakan pembeli minyak terbesar di Asia daripada Iran.






Selamat maju jaya buat sahabat-sahabat yang sedang dan akan menduduki peperiksaan akhir semester. Dulu mungkin kita sendiri pernah melakukan penipuan dalam peperiksaan bahkan menjadi kebiasaan buat mahasiswa di universiti. Tetapi semakin hari semakin kita fahami bahawa mereka yang benar-benar cintakan ilmu pasti tingkahlakunya semakin berubah ke arah penambahbaikan.

"Ada soalan ada juga jawapannya", falsafah yang mengajar kita untuk mencari jalan keluar daripada setiap permasalahan. Tidak kira sama ada peperiksaan atau masalah dalam kehidupan seharian yang perlu diharungi oleh setiap insan bergelar manusia, hakikatnya setiap permasalahan itu pasti ada jalan keluarnya. Cepat atau lambat bergantung kepada usaha, doa serta tawakkal insan tersebut.

Saat berada dalam situasi yang diibaratkan seperti "telur di hujung tanduk" pasti kita merasakan kita bakal kecundang dan akan dihukumi, maka ketika itu kita berada di dua persimpangan iaitu samada kita terus berusaha memastikan telur itu terus berada di atas tanduk dan seterusnya menetas menjadi pejuang kehidupan atau membiarkan telur tersebut digelincirkan oleh tanduk dan pecah tembelangnya.

Apabila kita telah lepas daripada permasalahan dan berada di puncak kecemerlangan kita wajib berfikir semula, atas usaha siapakah kita berada di kedudukan ini. Adakah kita berjaya memimpin diri kita sendiri atau kita hanya mengharapkan keajaiban toyol dan kekuasaan nota?


Ads 468x60px

Featured Posts