Apabila Hasan Al Basri pernah berkata salah satu sebab kenapa doa tidak dimakbulkan adalah kerana; "Apabila berdoa manusia itu masih mempunyai perasaan besar diri".
Mana mungkin apabila kita hendak meminta pertolongan kepada seseorang tetapi dengan nada yang sombong. Adakah permintaan kita akan diberikan oleh manusia itu atau permintaan kita tidak dilayan? Kita sedia maklum, jika seseorang itu berkehendakan sesuatu maka pasti dia akan cuba mendapatkannya dengan bersungguh-sungguh. Tidak kira dengan apa cara sekalipun jika perkara itu mampu dilakukannya pasti akan dilakukannya.
Hatta jika kita melihat seseorang lelaki ingin memikat seseorang gadis yang berkenan dihatinya pasti akan dipujuk rayunya supaya gadis itu berkenan pula dengan tingkah laku serta tatabicaranya. Mungkinkah gadis itu akan menerima lelaki yang ingin memikatnya dengan kata-kata yang membesarkan dirinya. Pasti gadis itu tidak memperdulikan pujuk rayu lelaki yang sombong dan bongkak. Bukanlah ingin samakan Tuhan dengan hambaNya tetapi Tuhan telah mengajarkan cara bagaimana manusia ingin memohon doa kepada Dia agar diperkenankan.
Dalam Al Quran telah diceritakan kisah-kisah terdahulu bagaimana manusia yang telah dipilih menjadi pesuruhNya diduga sehingga ada yang hampir berputus asa sebelum kembali tegar dalam jalan dakwah ini. Kita lihat bagaimana pesuruh Tuhan ini memohon doa dengan rendah diri dan tidak merasakan diri ini bongkak dan takabbur;
Nabi Adam dan Hawa telah memohon keampunan kepada Allah di atas kesalahan mereka memakan buah khuldi yang telah dilarang; "Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk dalam orang-orang yang rugi (7:23).
Nabi Yunus yang telah melakukan kesilapan dengan meninggalkan jalan dakwahnya apabila penduduk di Naywana menolak ajaran tauhid. Selepas berlalu daripada Naywana baginda telah menaiki sebuah kapal dan tiba-tiba kapal itu dilanda ribut taufan. Selepas dibuat undian maka Nabi Yunus dipilih untuk dibuang daripada kapal bersama barangan yang berada di atas kapal. Ketika Nabi Yunus terjun ke dalam laut maka baginda telah dimakan oleh Ikan Nun. Disebabkan baginda tahu akan kesalahannya meninggalkan jalan dakwah tanpa dipersutujui oleh Allah maka baginda telah berdoa; "Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim". (21:87)
Nabi Zakaria yang tidak mendapat zuriat sehingga berumur lebih 90 tahun kemudia baginda berdoa; "Ya Tuhanku janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah Ahli waris yang terbaik" (21:89).
Kita boleh lihat para anbiya ini berdoa dengan merendahkan dan menghina diri di hadapan Sang Penciptanya. Manhaj berdoa ini diceritakan di dalam Al Quran supaya kita yakni manusia mengambilnya sebagai pengajaran dan diamalkan dalam kehidupan seharian.
Kita diberitahu; "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintahKu) dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran". (2:186)
Apabila kita berdoa, sesungguhnya sudah pasti doa itu didengari oleh Allah, cuma perkenannya doa itu adalah hak Allah; lambat, cepat atau tidak dimakbulkan. Berdoalah dengan serendah hati yang mungkin, sesungguhnya Allah mengetahui setiap daripada isi hati hamba-hambaNya. Jangan menjadi manusia yang sombong seperti mana yang diceritakan di dalam surah Al-Kahfi iaitu ada dua orang pekebun.
Seorang yang kufur dengan nikmat kekayaan suburan tanamannya dan bermegah-megah dengan hasilnya. Seorang lagi yang bersyukur dengan nikmat ala kadar yang diberikan oleh Allah. Bagaimana apabila seseorang tadi menunjuk-nunjuk kelebihannya kepada maka Allah telah menurunkan hujan untuk menghapuskan segala tanamannya dan tidak ada yang tinggal sedikitpun boleh dibanggakannya lagi.
Semoga di dalam Ramadhan Al Mubarak (Yang Diberkati) ini dapat kita tadabbur isi Al-Quran dengan lebih mendalam dan menjadikan arah panduan hidup. Ketika diri yang hina ini mengharapkan keredhaanMu maka berdoalah dengan doa Nabi Musa; "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikkan yang Engkau turunkan kepadaku" (28:24).
Home » Julai 2012
Hamka pernah menulis yang bermaksud seakan; "Tidaklah sama
perjalanan hidup, pengalaman dan pemikiran dua individu yang seakan-akan sama
saiz fizikalnya hatta mereka itu kembar sekalipun."
Zahiriahnya mungkin tampak sama, tetapi batiniahnya adakah serupa?
Zahiriahnya mungkin tampak sama, tetapi batiniahnya adakah serupa?
Luarannya tampak garang, tetapi dalamannya adakah cengih?
Mukanya tampak senyuman, tetapi hatinya adakah tenang?
Jika raut wajah hanya menggambarkan perasaan dan emosi seseorang insan; senyum bermaksud gembira dan masam bermaksud sedih, mengapa wujud; senyuman diwajahnya tetapi kesedihan melanda hatinya? Maka, secara hakikat tidak semestinya raut wajah adalah gambaran kepada hati dan perasaan kerana sekiranya perkara ini berlaku maka si insan itu telah melakukan penipuan iaitu menidakkan kesedihan di hati dengan senyuman di bibirnya.
Hakikat
di dunia ini hanya mempunyai dua perkara iaitu benar dan salah. Maka jika
sebenarnya seseorang itu bercakap benar maka ia sedang bercakap benar. Jika
beliau bercakap bohong maka ianya tetap bohong. Tidak pula boleh beliau
bercakap benar tetapi ianya dianggap bohong dan tidak pula jika beliau bercakap
bohong ianya dianggap benar. Jika yang benar itu dianggap bohong dan yang
bohong itu dianggap benar maka akan berlakulah kecelaruan atau kekeliruan alam.
Berhati-hati
dengan keadaan dimana kebohongan diangkat dan disanjung manakala kebenaran
dipijak dan dihina. Situasi di Negara kita semakin serius apabila titah Sultan
dianggap sebagai tiada yang boleh dikritik dan dianggap sebagai yang tertinggi
melebihi kuasa Ilahi. Pemimpin yang melakukan rasuah dianggap sebagai wira Negara
apabila ‘memulangkan’ duit rakyat; BR1M.
Dalam memilih sesuatu keputusan kita perlu membuat kajian, penilaian dan sehingga ke prosedur untuk membuat keputusan. Maka dalam proses kajian dan penilai kita perlu berhati-hati kerana sifat kebohongan sedang diangkat melebihi kebenaran. Dalam proses ini juga telah ramai yang tertipu dengan muslihat sosok yang inginkan keduniaan semata. Kita punyai tanggungjawab untuk membebaskan kebenaran daripada belenggu kebohongan. Walaupun kebenaran itu pasti tertegak tetapi Allah s.w.t ada bersabda;
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang pada diri mereka ” (Ar’rad, 13:11)
Maka bagaimanapun seluruh anggota di sosok manusia punyai tanggungjawab yang akan menjadi penyebab kepada kemenangan kepada kebenaran.
Dalam memilih sesuatu keputusan kita perlu membuat kajian, penilaian dan sehingga ke prosedur untuk membuat keputusan. Maka dalam proses kajian dan penilai kita perlu berhati-hati kerana sifat kebohongan sedang diangkat melebihi kebenaran. Dalam proses ini juga telah ramai yang tertipu dengan muslihat sosok yang inginkan keduniaan semata. Kita punyai tanggungjawab untuk membebaskan kebenaran daripada belenggu kebohongan. Walaupun kebenaran itu pasti tertegak tetapi Allah s.w.t ada bersabda;
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang pada diri mereka ” (Ar’rad, 13:11)
Maka bagaimanapun seluruh anggota di sosok manusia punyai tanggungjawab yang akan menjadi penyebab kepada kemenangan kepada kebenaran.