بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang.

24 November 2010 - Satu kejadian 'pecah kereta' berlaku di tempat letak kenderaan di belakang cafe Kolej Canselor, UPM. Mangsa yang merupakan pelajar Kolej Tun Dr. Ismail, UPM  iaitu Mohd Syazwan bin Shamsudin berkata beliau mendapat berita daripada sahabatnya iaitu Mohd Zulshamel bin Mat Johari. Ketika sedang menjadi fasilitator untuk satu program amali subjek Pendidikan Luar untuk pelajar Tahun-1 Bacelor Pendidikan Jasmani di Port Dickson, pelajar Bacelor Pendidikan Jasmani (PJ Kaizen) Tahun ke-3, UPM; Mohd Zulshamel bin Mat Johari telah menerima panggilan telefon lebih kurang pada pukul 10:58 malam daripada seseorang yang tidak dikenali. Panggilan tersebut menyatakan bahawa beg milik Zulshamel berada di Flat Ikan terletak di belakang Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM. Persoalan timbul bagaimana beg Zulshamel boleh berada di Flat Ikan kerana beliau menyimpan beg tersebut di dalam kereta milik Mohd Syazwan bin Shamsudin yang juga merupakan pelajar Bacelor Pendidikan Jasmani (PJ Kaizen) Tahun ke-3, UPM. Kereta jenis Hyundai Accend, CBP3913, berwarna Gold telah mengalami pecah cermin tempat duduk belakang sebelah kiri. Syazwan telah meminta tolong kepada seorang rakannya; Mohd Shaqiq bin Ahmad yang masih lagi berada di kolej untuk melihat keadaan keretanya. Mengetahui bahawa keretanya telah dipecahkan, kedua-dua mangsa telah mengambil keputusan untuk melihat sendiri apa yang telah berlaku. Selepas sampai di tempat kejadian, mereka melihat sendiri kereta tersebut telah dipecahkan dan beg Zulshamel tidak ada dalam kereta tersebut. Zulshamel dan Syazwan cuba menelefon orang yang tidak dikenali itu untuk mendapatkan info tetapi malangnya orang yang tidak dikenali itu telah menutup telefonnya. Selepas usaha untuk mencari beg Zulshamel di Flat Ikan seperti yang dinyatakan oleh orang yang tidak dikenali itu tidak berjaya, Syazwan dan Zulshamel telah mengambil keputusan untuk membuat laporan polis berkenaan dengan kejadian ini kerana khuatir perkara yang tidak diingini berlaku. Lebih kurang pada pukul 2:00 pagi mereka telah membuat laporan polis di Balai Polis Serdang, Selangor. Zulshamel yang ditemui menyatakan bahawa di dalam beg tersebut mempunyai geran motosikal beliau dan khuatir jika motosikal beliau pula menjadi mangsa selepas ini.


Mudarristarmizi
Membangun Bersama Islam


Ads 468x60px

Featured Posts