"Kalau akal dikalahkan oleh kecenderungan kebinatangannya, dekatlah tabiatnya kepada binatang maka dia menjadi tamak. Kalau akalnya dikalahkan oleh kemarahannya, dia menjadi ganas seperti binatang buas di rimba raya. Kalau tabiat mementingkan diri sendiri mengalahkan akalnya, dia pun menjadi penipu, cerdik buruk, penjual si bodoh, penindas si lemah, menjadi syaitan yang bertubuh manusia. Tetapi kalau akalnya yang berkuasa sebagai kemestian tiap-tiap manusia, mengalahkan ketiga-tiga kekuatan tadi sehingga dapat diperintah dan diaturnya dengan perangai sederhana dan hikmat, maka sempurnalah hidupnya, tercapailah maksudnya. Dari selangkah ke selangkah dia menuju naik ke tingkat kemuliaan."

Hidup ini ibarat satu siklus roda yang sentiasa memberikan ancaman kepada kita. Apabila di atas jenguk-jenguklah mereka di bawah ini dan begitu juga yang di bawah mesti mengintai-intai yang di atas kerana masing-masing saling memerlukan. Satu peristiwa di mana seorang bos dan pekerjanya iaitu tukang sapu. Tiap-tiap hari si bos akan duduk di dalam bilik yang berhawa dingin dan nyaman manakala si penyapu sampah pula akan bertungkus untuk membersihkan kawasan pejabat majikannya. Apabila si bos melihat si penyapu sampah sibuk melakukan tugasannya maka dia berfikir; "Kan bagus jika aku menjadi seorang tukang sapu, maka hidupku tidak perlu dibebani dengan kerja-kerja yang membebankan sehingga tidak punyai masa untuk keluargaku. Jika aku menjadi tukang sapu aku tidak akan berasa tertekan seperti menjadi seorang ahli perniagaan."

Apabila si tukang sapu sedang membersihkan bilik bosnya maka dia berfikir; "Kan bagus jika aku menjadi bos, dapat duduk di dalam bilik yang sejuk. Tidak perlu susah payah dan berpeluh-peluh. Kerja tidak perlu buat dan hanya mengarahkan sahaja kemudian kerja pasti siap dan aku boleh duduk bersahaja biarkan pekerjaku bekerja. Hujung bulan duit masuk." Itulah yang difikirkan oleh si bos dan si tukang sapu. Kadang-kadang kita jarang berfikir untuk mensyukuri nikmat yang diberikan dan si tukang sapu hanya akan bersyukur sekiranya si bos terkena serangan jantung dan dia berkata; "Nasib baik aku menjadi tukang sapu, tiap-tiap hari aku menyapu, badan aku berpeluh. Sekurang-kurangnya jantung aku sihat kerana aku dapat bersenam.



"Kita akan mengembara dalam hidup, kita akan menempuh lautan daratan. Kita akan menempuh bunga kuncup dan bunga kembang. Akan menempuh pasang naik dan pasang surut. Akan menempuh angin sepoi dan angin puting beliung. Bertemu dengan yang benar dan yang salah, yang buruk, yang indah, dan yang jelek. Pernah merasa puas dan merasa kecewa. Pernah merasa ragu-ragu, akan tetapi terang menderang pun ada dalam jiwa kita, dan ada juga masanya berjumpa gelap gelita. Tetapi satu hal tidaklah pernah padam, meskipun diakui dia pernah juga mendung disaputi awan, namun hilang sama dia tidak, yang satu itu adalah kepercayaan akan adaNya Tuhan."


Hidup ini juga ibarat sebuah kain putih yang bersih kemudian kain putih itu dicorakkan oleh si pelukis dengan pelbagai warna dan corak. Warna dan corak itulah wakil kepada perjalanan dan peristiwa serta perasaan dalam hidup kita. Kepelbagaian warna dan corak itu punyai perasaan suka duka, tawa helai, tangis sedu, marah, geram dan pelbagai lagi. Disebabkan kepelbagaian itulah yang menjadikan hidup ini indah dan ingatlah bukan semuanya yang suka itu baik untuk hidup kita dan tidak semua yang sedih itu buruk untuk hidup kita. Teruskan perjalanan sehingga sampai ke akhir destinasi dan pastikan kita sampai dengan ukiran senyuman yang gembira di bibir.


Ads 468x60px

Featured Posts