Sekalung aspresiasi malam ini,
Ku jambakan buat mereka yang berani,
Buat mereka yang berfikir,
Kerinduan mendalam mencari tokoh,
Sukar ditemui di bumi UPM,
Kegelisahan dunia yang dikhuatiri,
Hingga menghempap jiwa murni,
Ketinggian jiwa dihenyak ke kaki,
Oleh kerakusan politik kaum,
Kerana kepentingan sesuatu bangsa,
Kini sinar kegelapan mulai benderang,
Kuucap selamat dalam berjuang.

29/03/2013
610 pm

Khas buat MTM Kolej Muhammad Rashid, UPM.



Kala malam bulan mengambang; aku mendongak,
sombong tidak, angkuh pun tidak,
aku menjiwai, berasimilasi, dikau bulan,
lirik lagu P. Ramlee; kau laksana bulan,
Kini aku sedar, sememangnya aku bulan.

Bulan dilihat cantik dipagari bintang,
Purnamanya dirindukan alam,
Sedang purnamanya bersinar cahaya,
tika yang sama kelihatan kawahnya.
Kini aku sedar bulan seperti aku,

Lahiriahnya cantik, batinnya hanya Sang Pencipta yang tahu.


28/3/2013 (Khamis)
7.50 pm





Isu pembangunan di kelantan.

Manusia A : Di Kelantan tiada pembangunan. Kelantan merupakan negeri yang tidak membangun.

Manusia B : Mengapa?

Manusia A : Sebab tengok orang Kelantan ada di merata-rata tempat. Semua pindah keluar berniaga keluar daripada Kelantan.

Manusia B : Kau orang mana? Belajar di mana?

Manusia A : Orang n9, belajar di Bangi.

Manusia B : Maka n9 juga negeri yang tidak membangun kerana kau pergi ke negeri lain untuk belajar.

Manusia A : rrrrrrr....



Isu kalimah Allah.

Manusia A : Pas ni dah sesat sebab bagi orang bukan Islam guna kalimah Allah. Al-kitab (injil) akan memurtadkan orang Islam.

Manusia B : Ada seorang lelaki hendak mengorat seorang wanita. Dia upah orang supaya rogol perempuan itu tetapi dia akan datang menyelamatkan perempuan itu. Orang itu baik ke jahat?

Manusia A : Jahat. Sebab dia upah orang lain tapi pura-pura jadi penyelamat. Bahkan bapak jahat.

Manusia B : KDN yang bagi penerbitan al-kitab dalam bahasa Melayu. KDN yang pegang kelulusan dan lesen penerbitan. Tetapi Pas pula yang disalahkan. Pas bukan ada kuasa. Tapi dia datang jadi hero pertahankan akidah Islam.

Manusia A : aiyak....



Situasi rakyat yang merelakan rasuah.

Manusia A : Apa lagi yang tidak kena di Malaysia ini. Kan semuanya sudah dapat. Jika hendak pergi kedai mamak yang rumah tidak sampai 1km pun boleh naik kereta. Tidak perlu jalan kaki.

Manusia B : Terlalu banyak korupsi.

Manusia A : Biasalah tu, mana-mana orang pun yang jadi kerajaan akan jadi camtu juga. Sikit-sikit tu tidak mengapalah asalkan kita tidak jadi seperti 13 Mei. Boleh naik motor senang dan tidak berperang.

Manusia B : Kau ada sebuah kereta Mercedes. Sewaktu malam kau parking kereta depan rumah. Esok paginya kau tengok kereta sudah tidak ada, tetapi yang ada hanyalah duit RM1,000, pencuri itu tinggalkan. Kau marah tak?

Manusia A : Mestilah marah, kereta aku harga RM200,000 kot. Dia bagi RM1,000 je. Mana boleh.

Manusia B : Eh, xpelah. Kan dia dah bagi RM1,000 kat kau. Kau ni xreti bersyukur betul. Kan kau xde pape. Kereta je hilang, nyawa ada lagi. Kau boleh hidup dan makan lagi.

Manusia A : Gila ke. RM200,000 mana sama dengan RM1,000. Kau ingat aku beli dengan pasir ke apa?!

Manusia B : Habis, duit rakyat xpe plak. Kan sama situasinya. Kau ni putar belit la..

Manusia A : ...............


*kadang-kadang manusia ini terlalu suka mencari alasan untuk membenarkan kebenaran. Seorang manusia yang jujur dengan ilmu dia akan bercakap atas kebenaran. Pernah ada suatu kisah.

Seorang lelaki bertanya kepada seorang ulama tentang hukum merokok.

Lelaki : Apakah hukum merokok?

Ulama : Haram, kerana memudaratkan diri perokoknya.

Lelaki : Habis mengapa syeikh merokok?

Ulama : Soal merokok itu antara aku dengan Allah. Aku masih belum mampu mengubah diri aku supaya meninggalkan rokok. Tetapi hukum itu soal ilmu. Ilmu adalah milik Allah dan aku perlu jujur dalam menjaga amanah ini.

----------------------------------------------------------------------------

Sukar untuk menjadi jujur dalam kala kita cuba menegakkan kesalahan. Kebenaran tidak akan dipadamkan oleh beribu tan batu menghimpapnya, tidak akan terhakis dek dihempas ombak laut berjuta tahun, dan tidak akan hilang dikikis sepanjang zaman. Melainkan kebenaran itu akan tetap memadamkan kebatilan.







Saya telah selesai membaca buku ini. Risalah yang ditulis oleh filasuf Immanuel Kant yang bertajuk Beantwortung der Frage: Was ist Aufklarung? dalam bahasa Jerman, manakala apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu menjadi  Apa itu pencerahan?.

Buku ini ditulis pada tahun 30 September 1784 oleh filasuf besar Immanuel Kant. Tahap pemikiran dan pandangan beliau dipengaruhi oleh suasana di Eropah ketika itu. Di Eropah, ketika itu sedang berlaku perubahan zaman kegelapan kepada zaman pencerahan. Berdasarkan fakta sejarah, zaman kegelapan disebabkan oleh pihak gereja ketika itu dianggap wakil Tuhan yang tidak boleh dikritik. Pencapaian sains tabii oleh masyarakat Eropah terbantut kerana terlalu banyak hasil cerapan bertentangan dengan kitab suci mereka bernama Bible.

Sainsis yang mengemukakan hasil cerapan atau kajian mereka yang didapati bertentangan dengan sabda Bible, sainsis itu akan dipanggil oleh mahkamah gereja untuk diadili. Mengaku bersalah (bertaubat) atau maut sekiranya mempertahankan pendirian diri menjadi pilihan buat sainsis yang gigih mencari ilmu kebenaran. Kejadian ini menyebabkan masyarakat Eropah menjadi tidak berani untuk menentang pihak gereja dan cuba mencari jalan kebenaran yang sebenar.

Selepas beberapa siri pembunuhan kepada sainsis seperti Bruno yang dibakar dan Galileo Galilei yang dipenjara seumur hidup di rumahnya muncul individu-individu yang cuba meloloskan diri daripada cengkaman pihak gereja yang sekian lama menggunakan istilah agama untuk menguasai masyarakat Eropah ketika itu. Immanuel Kant adalah salah seorang individu yang lahir selepas peristiwa itu berlaku dan pada zamannya juga sudah terlalu hampir zaman pencerahan.

Pemikirannya dalam risalah ini lebih tertumpu kepada kebobrokan yang dibawa oleh pihak gereja dan penguasa yang ingin menggunakan rakyat demi kepentingan mereka tanpa boleh dipersoalkan satu pun. Kelebihan yang dibawa oleh filasuf ini adalah beliau telah berjaya membawa masyarakat di Jerman ketika itu untuk berubah menjadi manusia yang berfikir. Sehinggakan beliau mengangkat berfikir lebih utama berbanding agama.

Dalam sejarah zaman kegelapan Eropah, pemerintahan ketika itu berbentuk kuku besi atau teokrasi. Maka masyarakat Eropah hari ini mengatakan mana-mana bentuk pemerintahan yang menggunakan agama sebagai dasar adalah bentuk pemerintahan teokrasi. Eropah membuat kesimpulan tersebut berdasarkan pengalaman bersama pihak gereja yang gagal menjadi contoh terbaik untuk mereka. Disebabkan pihak gereja maka seluruh institusi agama disalahkan dan disamaratakan.

Pemerintahan Islam sentiasa mengajar penganutnya berfikir memerhatikan alam semesta. Setiap cerapan dan kajian filasuf Islam yang ikhlas mencari kebenaran jarang bertentangan dengan kitab suci al-Quran. Bahkan semasa pemerintahan Rasulullah, banyak peristiwa yang menunjukkan kebebasan para sahabat untuk memberikan cadangan, mengkritik dan berfikir mengenai sistem pemerintahan, peperangan dan pemimpin itu sendiri.

Pernah pada zaman Umar al-Khattab menjadi Amirul Mukminin, beliau telah memecat Saad bin Abi Waqqas disebabkan aduan yang tidak benar. Hendak menunjukkan kerisauan Islam dalam mentadbir mesti adil dan menjaga kepentingan manusia bukan hanya penganutnya sahaja. Sejak ayat pertama diturunkan kepada Rasulullah, Iqra’ (baca) yang menunjukkan manusia itu perlu berfikir dalam mencari ilmu pengetahuan.

Bahan bacaan yang didapati perlu diperhalusi, difahami dan dianalisis supaya tidak berlaku kelolosan ilmu daripada landasan yang sebenar. Apabila digunakan oleh individu yang ke arah kebatilan maka ilmu tersebut juga dipandang menjadi batil tetapi jika digunakan oleh individu yang ke arah kebaikkan maka sebaliknya akan terjadi. Ilmu berfikir adalah sebuah ilmu yang terlalu indah, tidak ada harganya melainkan untuk mereka yang ingin membuat perniagaan.

Kesimpulannya, buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan untuk membebaskan pemikiran daripada terus menjadi pentakliq buta tetapi saya mengharapkan si pembaca mengambil kira keadaan ketika risalah di dalamnya ditulis. Keadaan ketika itu capaian maklumat bukanlah seperti hari ini yang hanya boleh sampai dalam beberapa saat di hujung jari walaupun jauh beratus ribu batu. Buatlah analisis kerana pendapat saya tidak semua maklumat di dalam ini boleh digunakan untuk pasakan hidup. Pemikiran yang bebas tanpa mengambilkira falsafah kehidupan (matlamat agama) akan rosak pada akhir kehidupannya.


Ads 468x60px

Featured Posts