بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang.
Penulisan ini ditulis oleh seorang yang banyak melakukan dosa dan kesalahan kepada Allah s.w.t. Diri ini terlalu banyak melakukan kesalahan dan kekhilafan sehingga jika boleh dikumpul dan dilihat menggunakan mata kasar nescaya aku pasti malu untuk keluar rumah atau bertegur dengan orang lain apatah lagi Allah s.w.t. Sungguh menyesal apabila melakukan kesilapan yang aku tahu sebenarnya perkara itu adalah salah. Sesungguhnya diri ini sangat malu hendak meminta dan berdoa kepadaNya kerana dirasanya tidak layak kerana diri ini dina di hadapan Allah s.w.t. Terlalu banyak peluang yang diberikan olehNya tetapi selalu pula dinafikan nikmat keampunanMu. Selalu juga duduk berseorangan untuk muhasabah diri ini tetapi sering kali juga seperti tidak pernah menyesali apa yang dilakukan. Walaupun sedar suatu hari nanti akan mati dan pergi berjumpa denganMu Ya Allah tetapi diri ini masih lagi tidak takut melakukan dosa walhal sedar ilmu masih tidak penuh dan bekalan amalan masih lagi tidak mencukupi.
Terlalu ingin diri ini kembali ke pangkal jalan yang telah engkau sediakan. Terlalu ingin diri ini jauh lari daripada kesalahan dunia dan hanya beramal ibadat kepadaMu. Sungguh hebat kekuasaanMu. Sungguh hebat juga ujianMu. Diri ini sangat takut akan azab Engkau sebenarnya tetapi diri ini juga terlalu mudah untuk melupakan apa yang telah Engkau ingatkan kepada aku. Banyak kali juga Engkau berikan aku peringatan dengan ujian dan nikmat untuk meloloskan diri daripada ujian itu tetapi diri ini tetap juga sombong dan bongkak terus melakukan kezaliman kepada diri sendiri. Lebih menyedihkan lagi apabila dosa dan kezaliman itu berlaku kepada orang lain yang tidak tahu menahu. Sedangkan sebenarnya diri ini sedar akan kesalahan itu tetapi dengan adanya kebodohan yang tinggi dalam diri ini tidak juga puas melakukannya.
Diri ini tidak pernah puas melakukan dosa, maksiat dan kezaliman tetapi diri ini juga tidak pernah puas bertaubat, beramal ibadat dan menegakkan keadilan. Kembalikan jalanMu kepadaku Allah, supaya boleh aku jadikannya sebagai pelita yang menerangkan segenap duniaMu ini. Engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi.
mudarristarmizi
Membangun Bersama Islam
Catat Ulasan