Seketika berbual dengan Prof. Dr. Shaharir Mohd Zain perihal penulisan untuk seseorang tokoh, beliau berpandangan tokoh yang dipilih untuk ditulis pemikirannya perlulah sudah tiada lagi di muka bumi ini (meninggal dunia). Ini disebabkan oleh, tiada lagi penambahan pemikiran yang baharu atau perubahan pemikiran oleh tokoh tersebut dan barulah kajian tentang tokoh tersebut boleh dianggap lengkap.
Prof. Dr. Hamka telah menulis pendapatnya yang sedikit berbeza perihal penulisan tentang seseorang tokoh yang masih hidup.
Prof. Dr. Hamka telah menulis pendapatnya yang sedikit berbeza perihal penulisan tentang seseorang tokoh yang masih hidup.
"Sebetulnya ramai orang berpendapat orang yang masih hidup, jangan dahulu ditulis riwayatnya, tetapi saya telah melanggar pendapat itu. Sebab saya tidak akan memandang guru saya itu sebagai dewa. Saya jelaskan di sini segi kebesarannya, dan tentu orang akan mengetahui pula bahawa ada pula segi kelemahannya sebagai manusia. Saya karangkan kehidupan orang besar itu, sebagai penunjuk jalan bagi penyelidik di belakang untuk menuliskannya lebih lengkap. Mana tahu entah saya lebih dahulu dari beliau mati nanti." - Falsafah Hidup/ms 7/2009(Edisi Terkini)/Pustaka Dini.
Walaupun Prof. Dr. Shaharir berpendapat bahawa penulisan tentang seseorang tokoh sewajarnya selepas kematiannya tetapi beliau tetap melakukan sebaliknya iaitu menulis pemikiran tentang insan yang masih bernafas di muka bumi ini. Satu buku penulisan beliau yang bertajuk 'Kepemimpinan Tok Guru Nik Aziz Mengikut Pandangan Sarjana Kepemimpinan Besar Sepanjang Zaman' yang mana beliau telah menggunakan beberapa teori kepemimpinan (al-Ghazali, Chakravantin, Kirkeby, Bukhary al-Jawhari) dibandingkan dengan aksiom kepemimpinan Tok Guru Nik Aziz.
Dalam penulisan pemikiran atau keperibadian seseorang tokoh, saya melihat terdapat kesamaan antara Prof. Dr. Shaharir dengan Prof. Dr. Hamka, di mana ketelusan dan keikhlasan dalam menulis sejarah. Sebagai seorang manusia, sebesar atau sehebat manapun tokoh tersebut, kita perlu sedar bahawa dia juga bisa melakukan kesilapan. Prof. Dr. Shaharir telah mengkritik beberapa kriteria yang ada pada Tok Guru Nik Aziz semasa mengemudi Kerajaan Negeri Kelantan. Begitu juga Prof. Dr. Hamka yang menulis perihal ayahnya (Haji Abdul Karim Amrullah) dalam 'Kenang-Kenangan Hidup Hamka' telah mengkritik beberapa sifat yang ada pada ayahnya.
Penulisan seperti ini lebih bersifat adil dalam membuat pertimbangan atau melihat sudut pandang pemikiran seseorang tokoh. Bukan sahaja mengemukakan kehebatan dan kemahsyuran pemikir tersebut tetapi pada masa yang sama menyelitkan juga beberapa kelemahannya. Ini menyedarkan kita bahawa manusia itu bukanlah dewa atau malaikat sifatnya melainkan hamba jua yang mendambakan keredhaan Sang Pemeriksa. Penulisan seperti ini mampu untuk menghakis perasaan taksub dan takliq membabi buta terhadap seseorang tokoh. Juga sebagai menjadi pedoman buat budiman yang hidup semasa dan selepas zaman penulis.
Memulakan penulisan dengan mengharapkan akan lahir penulis selepasnya adalah nilai yang dikongsi oleh Prof. Dr. Shaharir dan Prof. Dr. Hamka. Penelitian terhadap penulisan aksiom kepemimpinan Tok Guru Nik Aziz salah satunya, Prof. Dr. Saharir menyarankan kepada pembaca agar terus melakukan pengkajian dan penulisan terhadap aksiom tersebut agar mampu menjadi teorem. Begitu juga Prof. Dr. Hamka dalam Falsafah Hidup turut menyarankan agar terdapat budiman yang mampu melengkapkan penulisannya tentang seseorang tokoh sekiranya beliau telah berangkat meninggalkan dunia ini.
Dalam penulisan saya percaya ramai yang mahu menjaga kelemahan tokoh yang disajunginya atau mungkin hanya melihat kelebihan dengan menidakkan kelemahan, juga mungkin ketakutan kerana terdapat hadith Rasulullah; "man satara musliman, satarallahu fid dunya wal akhirah" yang menyuruh menjaga aib seseorang nescaya Allah akan menjaga aib kamu di dunia dan akhirat. Pada hemah saya dalam konteks keilmuan dan dalam melahirkan masyarakat yang bertamadun kita perlu didedahkan kedua-duanya. Juga pendedahan ini bukanlah untuk menjatuhkan atau memalukan sesiapa tetapi agar kita tidak menjadi golongan yang taksub kepada satu tokoh dan tidak menjadi golongan yang tidak mahu menerima atau menghormati kepelbagaian pandangan.
One Comment
Buy Metal Online - Tioga Rocks
Buy Metal Online by Tioga titanium 4000 Rocks. Shop for Metal online at Tioga titanium sponge Rocks. We ship remmington titanium high-quality metal and metal ford fiesta titanium music, titanium exhaust vinyl, CDs, and more.
Catat Ulasan