Saya ditanyakan satu soalan oleh
seorang sahabat yang saya hormati, saya cuba mengupasnya dengan bersahaja
supaya mudah difahami oleh pembaca.
Boleh tolong huraikan tentang syura dan demokrasi? Ada yang kata,"Siapa jamin keputusan syura orang mana-mana entah yang dibuat lebih baik dari suara majoriti rakyat?" Mohon penjelasan, fikiran sangat bercelaru.
Boleh tolong huraikan tentang syura dan demokrasi? Ada yang kata,"Siapa jamin keputusan syura orang mana-mana entah yang dibuat lebih baik dari suara majoriti rakyat?" Mohon penjelasan, fikiran sangat bercelaru.
Pertamanya saya ucapkan terima
kasih kerana sudi bertanya kepada diri yang terlalu faqir ini. Secara peribadi
memang tiada jaminan keputusan syura yang dibuat oleh 'orang mana-mana entah'
keputusannya lebih baik daripada suara majoriti rakyat. Tiada siapa yang mampu
memberikan jaminan kerana jika 'orang mana-mana entah' itu tidak diketahui
nilai ilmu yang ada padanya. Bersyura ini wajib orang yang berilmu dalam
menentukan perkara yang mungkin mendatangkan maslahat atau mudarat kepada
masyarakat.
Dalam konteks sesebuah negara,
pasti terdapat pelbagai golongan rakyat dalam negara itu seperti sekular,
sosialis, liberal, plural, islamik, dan banyak lagi. Apabila dalam sesuatu
perkara yang kita sepakati seperti keadilan, ketelusan, kesamarataan maka bolehlah
kita mendengar suara rakyat secara total kerana majoriti (semua golongan ini) akan bersatu
tetapi timbul masalah apabila sampai kepada menjalankan perintah Allah yakni
negara yang menjalankan dasar Islam.
Abraham Lincorn mentakrifkan
demokrasi sebagai, "it is a government of the people, by the people and
for the people," dan Daniel Webster pula mentakrifkan, "the
people government made for the people, made by the people and answerable to the
people".
Saya percaya pentadbiran sesebuah
negara bukan hanya untuk rakyat tetapi adalah untuk Allah mutlaknya. Maka
apabila kita hendak mentadbir sesebuah negara berlandaskan syariat Allah ianya
memerlukan syura kerana dalam usaha ini pasti akan mendapat tentangan daripada
golongan yang bukan Islamik; sekular, sosialis, liberal, plural, islamik, dan banyak
lagi.
Saidina Ali pernah bertanya
kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah! Jika kami menemui perkara yang
tidak mempunyai sesuatu perintah tertentu daripada tuan, untuk melakukannya
atau pun tidak, apakah yang tuan katakan berkenaan kami ini?" Baginda
bersabda, "Apabila berlaku perkara itu, mintalah pandangan
(bermesyuarat) dengan mereka yang mempunyai fahaman yang baik terhadap agama
dan ahli ibadat yang kuat, dan janganlah membuat keputusan di atas pendapat
individu" HR at-Tabarani, Majmi' al Zawaid.
Dalam sistem demokrasi
kontemperori sudah wujud majlis syura yakni dewan parlimen. Di mana, wakil
daripada setiap parlimen yang dipilih oleh rakyat sendiri akan hadir dengan
membawa kata-kata (suara) rakyat ke dalam dewan parlimen. Wakil rakyat ini, apabila
berhujah mesti memikirkan nasib rakyat bukan nasib atau kepentingan diri
sendiri.
Maka di sini timbul pula tugas
untuk memilih pemimpin yang akan menjadi wakil dan pembawa panji suara rakyak
untuk diperdendangkan. Olehyangdemikian, wajibnya kita memilih pemimpin yang
benar-benar berilmu, jujur, amanah dalam melaksanakan kerjanya. Juga orang yang
faqih dalam bidang urusan undang-undang dan kerakyatan.
Ini boleh dilihat di negara Mesir
yang berjaya menumbangkan kerajaan Hosni Mubarak, kejatuhan ini bukan kerana
inginkan negara Islam tetapi kerana terlalu benci kepada Hosni Mubarak. Jadi
apabila Morsi (Ikhwan al-Muslimin) naik dan mahu melaksanakan dasar Islam
sedikit demi sedikit ianya akan ditentang oleh rakyat yang tidak menyokong
Islam. Di sini peranan yang memerlukan majlis syura (parlimen).
Majlis syura ini akan
mengambilkira semua hal-hal rakyat yang datang daripada pelbagai golongan dan
kemudian membuat keputusan. Kemudian menerangkan mengapa dasar seperti itu
dilaksanakan. Itu sewajarnya, supaya tidak berlaku huru hara dan ketidakfahaman
dalam kalangan rakyat.
Dalam sebuah pasukan bola sepak,
perlu mempunyai seorang ketua pasukan yang memimpin pasukannya. Ketua pasukan
itu tidak boleh suka-suka marah anak pasukannya dan begitu juga sebaliknya.
Tetapi ketua pasukan itu juga pasti akan melakukan kesilapan maka wajib anak
pasukan itu menegur dan ‘memarahinya’. Ketua pasukan tidak boleh main
berseorangan tanpa anak pasukan yang lain kerana faktor bilangan dan kudratnya.
Begitu juga dengan anak pasukan, mesti mempunyai ketua. Jika tiada ketua
pasukan itu akan menjadi tidak tentu arah dengan pelbagai kepala yang ingin
memimpinnya mengikut cara tersendiri.
Itulah yang berlaku dalam
sesebuah negara, jika rakyat berkuasa melebihi penguasa maka ianya akan membawa
negara kepada arah yang tidak tentu arah dengan mengikut fahaman sekular,
plural, liberal, sosialis masing-masing. Tetapi dengan berpandukan syura (orang
yang benar-benar berilmu bukan entah siapa) insyaAllah akan mendatangkan berkat
kepada manusia. Ini sudah dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran dalam surah al-Syura
ayat 38:
Dan juga bermesyuaratlah
dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian
apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka
bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang
bertawakkal kepadaNya.
Terakhir sekali saya percaya suara rakyat sangat berguna apabila majlis syura (parlimen) tidak lagi didiami oleh orang yang tidak berilmu dan berkepentingan sendiri! Maka, tika ini janganlah anda berdiam diri dan taat patuh membuta tuli melainkan berjuang untuk menegakkan keadilan dan hak rakyat.
Terakhir sekali saya percaya suara rakyat sangat berguna apabila majlis syura (parlimen) tidak lagi didiami oleh orang yang tidak berilmu dan berkepentingan sendiri! Maka, tika ini janganlah anda berdiam diri dan taat patuh membuta tuli melainkan berjuang untuk menegakkan keadilan dan hak rakyat.
Wallahualam.
One Comment
saya bersetuju dengan kebanyakan idea yang ditulis oleh anda. cuma ingin saya memberi pandangan saya mengenai perenggan terakhir yang membicarakan mengenai kebangkitan rakyat menentang pemimpin yang zalim. saya berpendapat dalam soal itu kita perlu merujuk kembali hal berkaitan mentaati pemerintah seperti yang dipercayai oleh ahli sunnah wal jamaah. terima kasih.
Catat Ulasan