بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang.

Ibnu Hazm (Berkenala kerana Ketegasan)

Nama sebenarnya ialah Abu Abu Muhammad Ali bin Ahmad ibn said ibn Hazm. Berasal daripada Sepanyol yang pada ketika itu dipanggil Andalus. Beliau hidup daripada 384 H dan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 456 H. Selama lebih kurang 72 tahun ini beliau telah menghidapi pelbagai dugaan. Pada usianya kecil beliau adalah seorang yang kaya kerana anak seorang menteri tetapi kehidupannya berubah apabila kematian ayahnya di saat umur 20 tahun dan beliau terpaksa keluar daripada kota kediamannya disebabkan ancaman politik.

Semasa hidupnya di sekeliling beliau berlaku kekacauan politik yang dahsyat. Sifat dengki khianat manusia terhadap orang lain tidak kira saudara atau siapapun berleluasa di negerinya. Sifat pemerintah yang menderhaka terhadap amanah yang diberikan menjadi punca kepada ketidakstabilan politik di negeri ini. Pemerintah yang terlalu takut jawatan dan kuasanya dirampas musuhnya menjadi sebab untuk menjatuhkan musuhnya dahulu sebelum dijatuhkan. Sebanyak 3 kali beliau memegang jawatan disebabkan politik dan 3 kali itu jugalah beliau jatuh disebabkan politik. 

Disebabkan kekecewaan di dalam politik, beliau telah memilih untuk menjadi penulis. Cermat, bersahaja, jelas dan logik itulah cara penulisan yang dipilihnya. Penulisan tentang agama, politik, falsafah, kemanusiaan dan  sejarah adalah antara topik penulisan yang ditulisnya. Hujah-hujah yang diberikan olehnya berkenaan dengan hukum dalam Islam menjadi musuh kepada ulama-ulama yang berada sezaman dengannya kerana ulama pada zaman itu kebanyakkannya lebih mementingkan kuasa dan jawatan berbanding hukum dan kewajipan Islam. Disebabkan oleh pengalamannya, beliau pernah mengungkapkan :

“Persahabatan ulama dengan pemerintah sebenarnya satu perjudian besar. Keagamaannya terdedah kepada bahaya besar. Diri dan fikirannya juga terancam. Adalah lebih baik bagi seseorang ulama itu musnah secara terhormat di bawah kezaliman pemerintah daripada ikut berlaku zalim bersama mereka.”

Walaupun diancam pelbagai perkara tetapi beliau tidak pernah gentar dengan ancaman-ancaman berikut sebaliknya beliau bertambah kuat pendiriannya dan lebih agresif dalam penulisan yang ditulisnya. Sepangjang hidupnya, beliau telah menulis sebanyak 400 buah buku dan salah satunya bertajuk Al-Radd ala Ibn al-Ghrilah al –Yahud (Jawapan terhadap Yahudi Ibn al-Naghrilah). Buku ini adalah khas untuk seorang Yahudi yang bersumpah mahu menyusun semula al-Quran dalam bentuk sajak. Ketegasan beliau adalah merupakan peribadi beliau yang mulia. Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

 "Janganlah seorangpun daripada kamu menjadi orang yang tidak berpendirian, beliau mengatakan "Aku bersama orang ramai, jika mereka berbuat baik aku akan berbuat baik, sekiranya mereka berbuat jahat, aku akan berbuat jahat (pula)", tetapi kamu mestilah menetapkan diri kamu, "Apabila orang berbuat baik, kamu mestilah berbuat baik, sekiranya mereka berbuat jahat, kamu mestilah menjauhkan diri daripada kejahatan mereka." (Tirmizi)

Penulisan beliau juga banyak mengkritik pemerintah dan ulama pada zaman tersebut. Bukan kerana dengki akan kekuasaan dan kekayaan yang mereka miliki tetapi kebencian terhadap kekufuran yang mereka miliki. Sesungguhnya kritikan-kritikan yang dilontarkan tidak lain tidak bukan hanyalah untuk membawa kembali pemerintah dan ulama kepada Islam yang sebenar. Ini ditegaskan beliau dalam dalam kata-katanya :

‎"Demi Allah aku tahu keaiban diriku lebih daripada mengetahui keaiban dan kekurangan orang lain. Dalam diriku ada keaiban. Lalu aku meneliti kata-kata para nabi dan bijak pandai tentang akhlak. Aku berlatih dan berusaha mengatasi keburukan itu sampai Tuhan memberi taufiqNya.

Perihal Ibn Hazm adalah wajar kita jadikan tauladan kerana di era kemodenan ini pelbagai dugaan dan cabaran yang kita hadapi dalam usaha untuk mengenali, mempelajari, mengamal, dan menyampai dakwah Islam. Keadaan yang songsang di sekeliling tidak menjadi alasan untuk beliau berteguh dengan pendiriannya supaya diterima oleh masyarakat. Beliau lebih selesa dengan dirinya yang sebenar berbanding berpura-pura menjadi seseorang yang lain. Semoga Allah memberikan rahmat kepada beliau. Al-Fatihah.




بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang.

Sabda Rasulullah; "Katakan benar walaupun di situ ada kepahitan". Jika perkara itu tidak benar perlu kita berprinsip memegangnya bahawa ia adalah tidak benar. Jangan kita turut bersama dengan orang yang merubah pendirian (kebenaran) hanya kerana kepentingan peribadi sendiri. 

 "Janganlah seorangpun daripada kamu menjadi orang yang tidak berpendirian, beliau mengatakan "Aku bersama orang ramai, jika mereka berbuat baik aku akan berbuat baik, sekiranya mereka berbuat jahat, aku akan berbuat jahat (pula)", tetapi kamu mestilah menetapkan diri kamu, "Apabila orang berbuat baik, kamu mestilah berbuat baik, sekiranya mereka berbuat jahat, kamu mestilah menjauhkan diri daripada kejahatan mereka." (Tirmizi)

Kita bersyukur mempunyai kesenangan pada hari ini tetapi apakah kita sanggup melihat keruntuhan akhlak yang ada pada hari ini terus bermaharajalela. Jika hendak melihat apakah yang akan berlaku dalam 50 tahun akan datang lihatlah hari ini. Hari ini adalah penentu kepada hari seterusnya. Pesanan kepada rakan bermakna mendidik dan berpesan kepada diri ini sendiri sebenarnya. Wallahualam.


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
 Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang.

Tidak sama perjalanan hidup antara dua orang individu dan tidak sama pula fikirannya, tidak sama pula kelebihan pemikiran dan pemahamannya.  


Ditanya kepada dua orang pemuda yang kembar pada zahirnya tentang perjalan hidup mereka ternyata kembar itu hanya pada zahirnya sahaja dan tidak pula sama dengan akan batinnya. Falsafah di atas memberitahu kita bahawa sebenarnya manusia ini adalah sangat indah dan unik. Terciptanya Adam sudah cukup menunjukkan bahawa manusia ini sangat istimewa. Berjiwa besar dan tabah serta taat menyelebungi hati manusia sehingga berani menerima amanah sebagai Khalifah di muka bumi ini.Allah telah berfirman :


Sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (96:4)

Telah diberitakan kepada kita bahawa manusia ini adalah sebaik-baik kejadian dan sangat sempurna berbanding makhluk Allah yang lain. Setiap makhluk yang bergelar Al-Insan mempunyai tanggungjawab dan amanah yang besar. Ini berdasarkan firman Allah :


Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. (3:104)

Walaupun jalan hidup setiap insan yang ada di dunia ini tidaklah sama tetapi setiap insan yang bergelar Muslim itu pasti dan wajib memegang tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah dalam ayat di atas. Jalan yang berlainan tetapi matlamatnya adalah sama. Selagi mana jalan itu tidak terpesong daripada landasan syariat Allah teruskan, semoga ianya mendapat keredhaan Allah s.w.t. 


Kehidupan yang pernuh dengan liku-liku kehidupan ini melemahkan dan melekakan kita daripada melaksanakan amanah yang telah terpikul di bahu kiri dan kanan kita ini. Daripada saat ini marilah kita kembali kepada jalanNya yakni jalan dakwah yang menyeru kepada makruf dan mencegah kepada yang mungkar. Memetik kata-kata seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia iaitu Prof Madya Dr. Mat Rofa Ismail; "Mengajak untuk membuat orang buat baik sangat senang, tetapi mencegah orang daripada berbuat mungkar sangat susah"


Itulah jalan-jalan juang yang perlu ditempuhi oleh setiap insan bergelar Muslim. Semoga kita diberikan kekuatan untuk melaksanakan amanah yang telah terpikul ini. Dan ingatlah satu perkara; Amanah ini tidak pernah selesai selama mana kita masih bernafas dan selagi belum tiba hari pemusnahan. Maka, beringatlah Allah telah menjanjikan kebahagian buat hamba-hambaNya yang bertaqwa.


MudarrisTarmizi
Mencana Perubahan Keimanan


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang.

Alhamdulillah tiba lagi kita ke destinasi peperiksaan. Kepada sahabat-sahabat yang mengenali diri ini saya mohon maaf kerana banyak kesalahan yang telah dilakukan kepada kamu selama kita bersama. Ramai berpusu-pusu mentelaah nota dan slide yang diperolehi selama 14 minggu ini. Tahniah kepada yang boleh melakukan sebegitu kerana tak semua mempunyai kekuatan dan minat untuk melakukan seperti itu tetapi jangan lupa untuk melakukan solat hajat dan taubat semoga hati kita ini bersih dan mudah memperoleh ilmu yang kita baca. Seterusnya memudahkan kita untuk menjawab soalan semasa peperiksaan. Setiap usaha pasti akan dibalas dengan yang setimpalnya. Sementara masih ada masa ini marilah kita bersama-sama berusaha untuk memastikan keputusan yang bakal kita kecapi memberikan kekuatan kepada kita. Dan ingatlah jika keputusan yang baik kita dapat haruslah kita syukurinya dan jika keputusan yang kurang baik kita dapat haruslah juga kita mensyukurinya kerana apa jua yang berlaku Allah lebih mengetahuinya. Yakinkah diri kita dan betulkan niat; tujuan belajar. Bukan kerana hendak mendapat kekayaan di dunia, bukan kerana hendak mendapat jawatan yang tinggi di dunia, bukan juga kerana imbuhan yang bakal diterima jika mendapat keputusan yang cemerlang tetapi hanyalah kerana untuk mencari dan mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Wallahualam. 

Good Luck. Man Jadda Wad jadda.

MudarrisTarmizi
Mencana Perubahan Keimanan



بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang.

Petikan daripada beberapa baris lirik lagu nanyian Opick yang dikumpul untuk menjadi tatapan kita bersama :

Allah cinta pada orang berzikir
Allah cinta pada orang berfikir
Allah cinta pada orang yang taat
Allah cinta pada orang bertaubat
(daripada lagu Allah Cinta)

Hanya Allah Maha Pengasih
Hanya Allah Maha Penyayang
Allah yang mengampuni
Allah yang memaafkan
(daripada lagu Beruntunglah)

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dadaku harap hanya
DiriMu yang bertahta
(daripada lagu Rapuh)

Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat
(daripada lagu Maha Melihat)

Nafsu jiwa yang membuncah
Menutupi mata hati
Seperti terlupa bahwa nafaskan terhenti
Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah, aladzim
Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah, aladzim
Kubuka jendela pagi dan dosapun menghampiri
Suara jerit hati kuingkari
La ilaha illa anta ya
Subhanaka inni kuntu
Minadhzholimin
(daripada lagu Astagfirullah)

*Sebagai peringatan kepada diri ini iaitu seorang insan yang telah banyak melakukan dosa selama mana telah hidup di dunia ini dan kepada muslimin dan muslihat yang masih lagi berpeluang merasai nikmat bernafas sehingga setakat ini. Sesungguhnya kita ini sering kali menzalimi diri sendiri, tumbuh-tumbuhan, haiwan hatta kepada semua hidupan yang lain. Dalam keadaan sedar atau tidak ianya telah pun berlaku dan Si  Raqib dan Si Atib telah pun mencatatkan setiap perlakuan kita. Sebagai seorang hamba yang tidak sempurna bukanlah itu menjadi alasan untuk kita melakukan dosa di dunia ini. Kita adalah hamba yang pasti akan melakukan kesalahan tetapi marilah kita kembali kepadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihi. Janganlah kita sombong dan angkuh tidak mahu meminta ampun kepadaNya. Kelak kita akan menyesali di akhirat nanti. Sempena kita masih berkesempatan bernafas lagi hendaklah kita memperbaiki diri ini dari hari kehari sehingga tiba hari yang telah dijanjikan Allah kepada kita yakni MAUT.

MudarrisTarmizi
Mencana Perubahan Keimanan



بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang.


Sudah hampir 3 minggu  telah berlalu kejadian penuh bersejarah di UPM, apabila mahasiswa Pro-Mahasiswa UPM berkumpul di perkarangan BHEP dan membantah 11 calon Pro-Mahasiswa yang digugurkan. Walaupun kes ini sudah selesai tetapi masih ada lagi pihak yang membuat provokasi. Dalam beberapa hari lagi akan diadakan Majlis Asprisiasi Sukan UPM di Dewan Banquet UPM dan dijangkakan tetamu kehormat pada malam itu adalah Dato' Saifuddin Abdullah. Dijangkan juga akan berlaku satu perhimpunan pada malam itu di perkarangan Dewan Banquet UPM yang dianjurkan oleh pihak Aspirasi. Butiran itu boleh dilihat di url di bawah :

http://mediakampusupm.blogspot.com/2011/03/jom-pg-pecahkan-pintu.html

Saya sangat gembira melihat perkembangan politik kampus di UPM ini. Walaupun saya berpihak kepada Pro-Mahasiswa tetapi ini menunjukkan satu tranformasi politik kampus yang baru kepada mahasiswa di UPM ini. Saya menyokong perhimpunan yang hendak diadakan. Ini adalah satu demokrasi yang adil. Pro-Mahasiswa boleh membuat perhimpunan begitu juga dengan Pro-Aspirasi. Cuma mengharapkan perhimpunan ini bukanlah didalangi oleh pihak HEP. Saya sangat mengharapkan pilihanraya pada sesi akan datang akan berlaku satu tranformasi politik yang betul-betul boleh memberikan keterbukaan mahasiswa  dalam berpolitik. Ramai mahasiswa pada hari ini hanya duduk di dalam bilik belajar, enjoy tak tentu arah, karoeke, naik kelab malam dan melakukan perkara yang banyak tidak mendatangkan hasil untuk masa hapadan. Justeru, saya menyeru kepada mahasiswa sekalian supaya ubah persepsi anda dalam politik kampus. Antara harapan saya adalah :

1- Mahasiswa mentadbir dan menguruskan sendiri pilihanraya kampus.
2- Mahasiswa dibenarkan bertanding atas nama parti seperti Pro-Mahasiswa dan Pro-Aspirasi.
3- Mahasiswa diberikan ruang yang adil dan saksama oleh HEP dalam berkempem.
4- Mahasiswa diberikan berkempen di dalam seluruh kampus UPM termasuk kolej-kolej kediaman tanpa  
     sebarang gangguan daripada pihak kolej dan HEP.

Mudarristarmizi
Membangun Bersama Islam.


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang.

Terlihat berhampiran dengan pejabat Polis Serdang, terdapat satu banner yang digantung bertuliskan Kempen Selamatkan Selangor. Sungguh gagah dan kukuh kedudukan banner tersebut digantung di dua batang pokok di situ. Terfikir adakah banner yang seperti itu boleh berdiri gagah dan kukuh jika banner itu pihak pembangkang negara. Berkemungkinan besar tak sampai sehari digantung sudah dipotong atau diturunkan jika ianya adalah pihak pembangkang negara. Tetapi saya salute keterbukaan dan keberanian Kerajaan Negeri Selangor di mana banner dibenarkan digantung di tempat mereka memerintah yakni kepunyaan pembangkang negeri Selangor. Saya mengharapkan agar demokrasi negara ini akan dapat dilakukan dengan telus supaya kedua-dua belah pihak berpuas hati. Semoga kebenaran sentiasa ditegakkan dan hak rakyat diberikan keutamaan bukannya hak kroni atau hak individu tertentu.



بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang.

Penulisan ini ditulis oleh seorang yang banyak melakukan dosa dan kesalahan kepada Allah s.w.t. Diri ini terlalu banyak melakukan kesalahan dan kekhilafan sehingga jika boleh dikumpul dan dilihat menggunakan mata kasar nescaya aku pasti malu untuk keluar rumah atau bertegur dengan orang lain apatah lagi Allah s.w.t. Sungguh menyesal apabila melakukan kesilapan yang aku tahu sebenarnya perkara itu adalah salah. Sesungguhnya diri ini sangat malu hendak meminta dan berdoa kepadaNya kerana dirasanya tidak layak kerana diri ini dina di hadapan Allah s.w.t. Terlalu banyak peluang yang diberikan olehNya tetapi selalu pula dinafikan nikmat keampunanMu. Selalu juga duduk berseorangan untuk muhasabah diri ini tetapi sering kali juga seperti tidak pernah menyesali apa yang dilakukan. Walaupun sedar suatu hari nanti akan mati dan pergi berjumpa denganMu Ya Allah tetapi diri ini masih lagi tidak takut melakukan dosa walhal sedar ilmu masih tidak penuh dan bekalan amalan masih lagi tidak mencukupi. 

Terlalu ingin diri ini kembali ke pangkal jalan yang telah engkau sediakan. Terlalu ingin diri ini jauh lari daripada kesalahan dunia dan hanya beramal ibadat kepadaMu. Sungguh hebat kekuasaanMu. Sungguh hebat juga ujianMu. Diri ini sangat takut akan azab Engkau sebenarnya tetapi diri ini juga terlalu mudah untuk melupakan apa yang telah Engkau ingatkan kepada aku. Banyak kali juga Engkau berikan aku peringatan dengan ujian dan nikmat untuk meloloskan diri daripada ujian itu tetapi diri ini tetap juga sombong dan bongkak terus melakukan kezaliman kepada diri sendiri. Lebih menyedihkan lagi apabila dosa dan kezaliman itu berlaku kepada orang lain yang tidak tahu menahu. Sedangkan sebenarnya diri ini sedar akan kesalahan itu tetapi dengan adanya kebodohan yang tinggi dalam diri ini tidak juga puas melakukannya. 

Diri ini tidak pernah puas melakukan dosa, maksiat dan kezaliman tetapi diri ini juga tidak pernah puas bertaubat, beramal ibadat dan menegakkan keadilan. Kembalikan jalanMu kepadaku Allah, supaya boleh aku jadikannya sebagai pelita yang menerangkan segenap duniaMu ini. Engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi.

mudarristarmizi
Membangun Bersama Islam


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang.

Kita lihat sejak daripada mula rakyat Mesir memilih jalan raya untuk menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak, ramai pemimpin pakatan yang telah menyuarakan sokongan dan pendapat mereka. Ini adalah satu langkah yang berani dan bijak kerana pemimpin ini sedar akan kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Mesir. Walaupun tindakan yang berani dan bijak ini telah diambil oleh beberapa pemimpin tertinggi daripada negara luar seperti Turki, Korea, dan Britain; mendesak Hosni Mubarak supaya meletakkan jawatan, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak masih lagi dalam keadaan kebingungan.


Kebingungan kerana tidak berani untuk menyuarakan pendapat beliau berkenaan dengan kekejaman yang telah dilakukan terhadap rakyat Mesir. Adakah kerana takut terhadap ancaman daripada Israel? Datuk Seri Najib Razak sehingga hari ini masih lagi tidak memberikan sebarang kenyataan samada hendak mendesak Hosni Mubarak meletakkan jawatan atau menyokong Hosni Mubarak mengekalkan jawatan sebagai Presiden Mesir. Sebagai seorang pemimpin tertinggi sebuah negara, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya mencontohi pemimpin negara lain yang berani dan cerdik dalam menyuarakan hal ini; memberikan sokongan terhadap tindakan rakyat Mesir yang telah 30 tahun hidup dalam kesengsaraan.


Perlakuan Datuk Seri Najib Razak ini telah menimbulkan persoalan kepada orang ramai adakah beliau menyokong rakyat Mesir atau menyokong Rejim Hosni Mubarak? Sebagai pemimpin sebuah negara yang tidak berapa demokrasi, sepatutnya Datuk Seri Najib Razak memahami perasaan rakyat yang telah ditindas selama berpuluh tahun. 30 tahun bukanlah satu jangkamasa yang singkat dan semestinya penderitaan yang dialami oleh rakyat Mesir teramat pedih. 


Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang mengecam Pas dan PKR kerana mengadakan demonstrasi. Beliau juga mengatakan bahawa Pas dan PKR tidak menghormati Tahun Baru Cina hanya kerana membuat demonstrasi pada hari ke-2 Tahun Baru Cina dimana merupakan masih lagi cuti umum untuk rakyat di negara ini. Adakah begini pemimpin pada hari ini, sedang sibuk rakyat Mesir berjuang atas kekejaman pemimpin mereka, kita pula di sini bersenang lenang dan gelak ketawa. Kita menghormati Hari Raya Cina dengan tidak melakukan demonstrasi pada hari pertama Tahun Baru Cina tetapi kita menuntut pengorbanan dan perjuangan untuk kita bersama-sama rakyat Mesir menggulingkan Rejim Hosni Mubarak yang zalim pada hari ke-2 Tahun Baru Cina. Rakyat Mesir dalam keadaan yang kritikal manakala kita dalam keadaan bersenang lenang dan sepatutnya kita korbankan sedikit kesenangan itu untuk bersama-sama memberikan sokongan kepada mereka.


Persoalan juga timbul adakah kerajaan sokong siapa apabila demonstrasi yang diadakan di Masjid KLCC ke Kedutaan Amerika Syarikat telah dicabuli oleh pihak Polis dengan penangkapan seramai 8 orang para demonstran dan disembur dengan air. Adakah semua ini kerana pemimpin negara ini takut akan apa yang berlaku di Mesir akan berlaku di Malaysia? Adakah takut selepas ini tidak boleh mendapatkan khidmat nasihat ataupun bantuan daripada pihak-pihak tertentu lagi? Jika tidak mahu perkara seperti di Mesir berlaku di Malaysia, sepatutnya kerajaan menyokong demonstrasi ini dilakukan. Mari bersama-sama rakyat turun menyatakan sokongan terhadap rakyat Mesir. Buka ruang yang lebih untuk rakyat menyuarakan suara mereka, bukan menyekat. Jika secara terus-menerus menyekat kebebasan rakyat bersuara tidak mustahil Malaysia turut mengikut jejak langkah Mesir iaitu fenomena Perubahan Politik Moden.


Persoalan satu lagi berkenaan dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk membawa pulang pelajar Malaysia yang berada di Mesir. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa janganlah ada pihak yang ingin mempolitikkan isu ini kerana mereka sentiasa berusaha menyelesaikan masalah ini dan kalau boleh pada hari itu juga mahu membawa pelajar Malaysia balik. Jika betul kenapa beliau membuat kenyataan semasa di PRK Tenang baru-baru ini dengan mengatakan bahawa kita tidak nampak keperluan untuk membawa pelajar kita pulang ke Malaysia. Sedangkan pada masa itu, negara lain seperti Jepun, German dan beberapa negara lagi tengah sibuk membawa pelajar mereka pulang ke negara masing-masing. Kita pula asyik sibuk berTENANG.


Marilah kita bersama-sama berdoa agar rakyat Mesir terus teguh memperjuangkan hak mereka dan diberikan kemenangan oleh Allah. Kepada rakyat Malaysia yang tidak berada di Mesir, marilah kita terus memberikan sokongan yang padu kepada rakyat Mesir untuk menjatuhkan Rejim Hosni Mubarak dan mendoakan agar digantikan dengan pemimpin daripada Ikhwanul Muslimin. Sesungguhnya pemimpin daripada Ikhwanul Muslimin adalah pemimpin yang ditakuti oleh Israel dan Amerika Syarikat. Seterusnya menjadi pemangkin kebangkitan umat Islam di serata dunia!!! Berdoalah juga kebangkitan umat Islam di Malaysia ini agar kebenaran itu menjadi nyata!!! Teruskan perjuanganmu mujahid Mesir!!!


Mudarristarmizi
Membangun Bersama Islam 


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang.




Surah Al-Kahfi (18 : 60-82) 

Surah Al-Kahfi adalah merupakan surah yang ke-18 dalam Al-Quran. Dalam surah ini terselit banyak kisah yang membolehkan kita ambil sebagai pengajaran. Surah ini terdiri daripada 110 ayat. Diberitakan sebelum surah ini diturunkan Allah telah mendidik umat-umat Islam pada masa itu dengan akidah yang sungguh teguh pegangannya kepada agama. 

Dalam surah ini, menceritakan kepada kita tentang beberapa perkara iaitu :
  1. Ashabul Kahfi 
  2. Kisah Nabi Musa dengan Seorang Pemuda (Nabi Khidir)
  3. Yakjuj & Makjuj
  4. Iskandar Zulkarnain.
Ashabul Kahfi menceritakan tentang beberapa pemuda yang lari menyelamatkan diri daripada raja mereka yang zalim dan menyembunyikan diri di dalam gua. Allah telah menidurkan mereka selama 309 tahun di dalam gua tersebut tetapi mereka sendiri tidak tahu berapa lama mereka telah tidur. Walaupun mereka berbalah sesama mereka mengatakan berapa lama mereka telah tidur tetapi pada akhirnya mereka tetap menyandarkan semuanya kepada Allah yang Maha Mengetahui.

Kisah Nabi Musa dengan Seorang Pemuda yang dikatakan oleh para mufasir iaitu Nabi Khidir. Dalam kisah ini menceritakan Nabi Musa meempunyai banyak ilmu dan baginda telah meminta kepada Allah untuk diajarkan ilmu yang baru, disuruh oleh Allah untuk pergi ke sebuah tempat; pertemuan dua laut. Semasa Nabi Musa bersama pembantunya telah sampai ke tempat tersebut tanpa disedari mereka, bekalan makanan yakni ikan mereka hidup semula dan telah melompat masuk ke dalam laut tersebut. Berjalan semula mereka ke destinasi yang dituju tiba-tiba Nabi Musa terasa lapar dan pembantunya mengatakan bahawa ikan mereka telah melompat masuk ke dalam laut; Nabi Musa berkata sesungguhnya itulah tempat yang dicari. Setibanya kembali di tempat pertemuan dua laut itu maka berjumpalah mereka dengan Pemuda (Nabi Khidir); dimintanya untuk mengajarkan ilmu yang telah dikurniakan oleh Allah kepada Pemuda (Nabi Khidir) iaitu ilmu laduni. Ilmu laduni adalah ilmu yang boleh mengetahui perkara akan berlaku pada masa hadapan. Pemuda  (Nabi Khidir) berkata sungguh kau tidak akan sanggup sabar bersamaku. Rayu Nabi Musa sesungguhnya kau akan dapati aku daripada golongan orang yang sabar. Maka mereka berdua pun berjalan bersama. Pemuda (Nabi Khidir) telah melakukan tiga perkara yang setiap kali Pemuda (Nabi Khidir) melakukan dan setiap kali akan ditanya oleh Nabi Musa iaitu membocorkan sampan, membunuh seorang kanak-kanak dan membetulkan dinding sebuah rumah yang hampir roboh. Akhirnya, Nabi Musa berpisah dengan Pemuda (Nabi Khidir) kerana baginda (Nabi Musa) tidak dapat sabar akan perkara yang dilaluinya bersama Pemuda (Nabi Khidir). Sebelum mereka berpisah diterangkan oleh Pemuda (Nabi Khidir) kepada Nabi Musa berkenaan perkara yang tidak dapat disabarinya. Pertama membocorkan sampan kerana di hadapan lautan terdapat seorang raja yang zalim hendak merampas harta nelayan yang miskin maka karamlah sampan bersama-sama mereka. Keduanya membunuh seorang kanak-kanak kerana dikhuatiri anak tersebut akan membawa ibubapanya ke arah kejahilan dan berdoa akan menggantikan dengan anak yang soleh. Ketiga membetulkan dinding sebuah rumah yang hampir roboh kerana di bawah rumah itu tersimpan harta peninggalan ayah yang soleh kepada dua orang anaknya yang sudah yatim piatu; dikehendaki untuk mengeluarkan harta tersebut apabila mereka berdua telah dewasa sebagai rahmat daripada Allah. Berkata juga si Pemuda (Nabi Khidir), sesungguhnya apa yang dilakukan ini bukanlah semata-mata kerana kemahuan diri sendiri. 

Yakjuj & Makjuj adalah merupakan dua bangsa di muka bumi yang suka membuat kerosakkan dan kehancuran. Kisah Yakjuj & Makjuj ini mempunyai kesinambungan dengan kisah Iskandar Zulkarnain. Dalam ini juga menceritakan bagaimana Iskandar Zulkarnain membuat pengembaraan ke barat, ke timur dan ke utara. Sungguh hebat kawasan yang dikuasai oleh Iskandar Zulkarnain. Semasa beliau pergi ke arah utara beliau sampai di antara dua buah gunung yang kaum di situ tidak memahami serta tidak difahami bahasanya oleh beliau. Beliau telah dikhabarkan tentang keburukkan Yakjuj & Makjuj dan diminta membina sebuah benteng untuk memisahkan mereka dengan Yakjuj & Makjuj. Beliau telah bekerja bersama-sama dengan kaum tersebut untuk membina benteng besi setinggi puncak kedua-dua buah gunung tersebut. Dengan izin Allah dan kelebihan yang diberikan kepada beliau benteng tersebut telah berjaya disiapkan. Dan beliau juga mengingatkan akan tiba satu masa nanti maka benteng itu akan berjaya dirobohkan juga dengan izin Allah. 

Banyak perkara yang boleh kita halusi dan ikhtibar dalam perjuangan hidup seharian kita ini kerana hampir 75% ayat dalan surah ini berbentuk cerita. Surah ini juga mempunyai kelebihan yang tersendiri. Antara kelebihannya ialah dihindar daripada fitnah dajjal, jika dibaca pada hari Jumaat; diampunkan dosanya sehingga Jumaat minggu hadapan dan ditambah tiga hari lagi dan akan terpancar cahaya daripada tapak kakinya sehingga ke bahagian dada langit; dapat dilihat pada Hari Kiamat. Ini disokong dengan beberapa hadis nabi iaitu :

Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)

Pesanan saya kepada diri saya sendiri dan semua umat Islam marilah kita mengamalkan ayatul kahfi ini kerana ternyata banyak kelebihan dalam surah ini. Semoga kita sentiasa meningkatkan amal ibadah kepada Allah s.w.t antaranya marilah kita bersama-sama memahami ayat-ayat suci Al-Quran dengan mempelajari tafsirnya kerana ramai antara umat Islam pada hari ini hanya pandai membaca Al-Quran tetapi tidak memahami maksudnya. Semoga Allah luruskan hati-hati kita dengan hidayah dan kekuatan untuk terus berjuang dalam kehidupan yang penuh dengan dugaan dan durinya. 

Mudarristarmizi
Membangun Bersama Islam





بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang.

Assalamualaikum w.b.t,

Ingin saya berkongsi kepada para mujahid-mujahid Islam berkenaan dengan 'SMS' yang baru saya terima daripada seorang sahabat saya;


Untuk renungan..Jika Mesir jatuh ke tangan Ikhwanul Muslimi, sempadan Rafah mungkin akan dibuka untuk pejuang Islam seluruh dunia..tak mustahil kurang setahun, negara Israel akan menjadi sejarah..perindu2 Syurga Firdausi, anda sudah bersedia merebut tiket...?Ayuh sahabat2!!Doakan Ikhwanul Muslimin berjaye menjatuhkan Hosni Mubarak!!

:-) sebarkan seramai mungkin.

Semalam selepas Husni Mubarak membuat kenyataan media secara langsung kepada rakyatnya yang sedang membuat demontrasi, Barrack Obama telah menelefon Husni Mubarak dan bercakap selama setengah jam. Selepas perbualan telefon tersebut, Barrack Obama telah memberikan kenyataan bahawa sudah sampai masanya Husni Mubarak mendengar suara rakyat Mesir supaya mengundurkan diri dan membuat peralihan kuasa dengan aman. Jika dilihat daripada usaha campur tangan Barrack Obama dalam hal ini sebenarnya mempunyai agenda lain; berusaha untuk mencari pengganti Husni Mubarak yang masih lagi mahu membuat rundingan damai dengan Israel. Maksudnya walaupun Husni Mubarak telah digulingkan biarlah Presiden Mesir yang akan dilantik masih lagi hendak menjadi orang suruhan atau suruh angguk, angguk dan suruh geleng, geleng ; kepada Amerika Syarikat dan Israel.

Amerika Syarikat dan Israel berada dalam keadaan gelisah sekarang ini kerana jika pengganti Presiden Mesir yang baru lahir daripada pihak Ikhwanul Muslimin pasti kuasa mereka akan tergugat oleh kebangkitan para mujahid Islam. Kedudukan negara Mesir yang menjadi pintu masuk ke negara Israel berupaya menggugat kedudukan Rejim Zionis daripada terus menduduki Palestin. Kedudukan Mesir yang berjiran dengan Arab Saudi, Sudan, Libya dan Jordan yang merupakan negara Islam; mampu membangkitkan semangat jihad untuk menentang Rejim Zionis daripada terus menzalimi rakyat Palestin. Dikhuatiri Mesir akan menjadi pemangkin kepada kesatuan negara Islam di bahagian Arab, Amerika Syarikat cuba untuk mempengaruhi rakyat Mesir dengan membuat kenyataan "Amerika Syarikat bersedia bersama dengan rakyat Mesir selepas berlaku peralihan kuasa daripada kerajaan Husni Mubarak".

Sudah semestinya juga jika Ikhwanul Muslimin diangkat menjadi Presiden Mesir yang baru mereka tidak akan menjalinkan hubungan baik, hubungan diplomatik atau sebarang bentuk rundingan dengan Israel dan Amerika Syarikat. Mari kita berdoa bersama-sama supaya kerajaan Husni Mubarak berjaya digulingkan dan seterusnya Presiden Mesir yang baru diangkat daripada golongan Ikhwanul Muslimin supaya selepas ini kebajikan rakyat Mesir terjaga. Hal yang paling penting ialah supaya agama Islam iaitu agama yang benar kembali bersinar di bumi Mesir; menjadi pemangkin kepada kebangkitan mujahid-mujahid Islam untuk menjatuhkan empayar Amerika Syarikat dan Israel yang selama ini telah banyak menekan dan menzalimi umat-umat Islam di seluruh dunia. 

Jika Husni Mubarak mengatakan kesediaan beliau untuk bersara daripada arena politik negara pada bulan September ini jangan kita termakan dengan kata-katanya yang telah terbukti selama ini menzalami rakyatnya sendiri. Setiap tahun Mesir telah mendapat bantuan kewangan daripada Amerika Syarikat sebanyak US$1.3 billion untuk ketenteraan dan US$ 200 juta untuk ekonomi negara tetapi kemana semuanya pergi. Rakyatnya terus kebuluran, tidak mempunyai kerja dan ramai yang menjadi pengemis jalanan. Husni Mubarak juga tidak pernah menarik perintah darurat selepas beliau menjadi Presiden Mesir; dilihat siapa sahaja yang bangun untuk melawan beliau akan ditangkap dan dipenjara.

Semoga kita terus mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Mesir yang teraniaya oleh kerajaan yang tidak bertanggungjawab. Semoga kita juga terasa akan tanggungjawab kebersamaan sesama umat Islam dikala saudara kita di Mesir syahid mempertahankan agama dan tanah air mereka. Semoga Allah terus-menerus melemparkan semangat jihad di dalam hati setiap rakyat Mesir. Bangkit wahai Mujahid Muda!!! Mujahid Islam!!! Allah bersama pihak yang benar!!! 

Mudarristarmizi
Membangun Bersama Islam


Ads 468x60px

Featured Posts